DHAARMA TIDAK PANDANG RENDAH THAILAND

Dihantar pada : 09 Mei 2017 | Berita Sukan SEA

KUALA LUMPUR, 9 Mei 2017 – Ketua jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, mahu anak didiknya berwaspada dan memberikan perhatian serius terhadap Thailand yang kini bertekad merampas pingat emas daripada Malaysia di pentas Sukan SEA.

Namun 100 hari dari temasya dwitahunan itu, fokus Dhaarma terarah kepada Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di Brussels, Belgium, yang juga kempen kelayakan untuk ke Piala Dunia 2018.

Masih segar dengan rekod lima kemenangan, lima kekalahan dan tiga seri dalam 13 perlawanan kompetitif sepanjang jelajah Eropah, Dhaarma percaya persiapan ke Liga Dunia pada 21 Jun-2 Julai harus memastikan anak didiknya mampu mengekalkan momentum menjelang Sukan SEA.

Namun Dhaarma tidak mahu kedudukan ranking Malaysia yang berada di atas Thailand melekakan barisan pemainnya.

“Berdasarkan ranking memang Malaysia di atas Thailand, namun kami mendapat maklumat mereka berlatih selama dua bulan di Korea Selatan bagi persiapan Sukan SEA nanti. Ini bermakna, mereka benar-benar serius untuk merebut pingat emas daripada kita.

“Malah ada juga khabar bahawa presiden hoki mereka  (Datuk Seri Chaiyapak Siriwat) akan meletak jawatannya sekiranya Thailand gagal meraih emas di Kuala Lumpur nanti.

“Jadi kita tidak boleh pandang ringan mengenai impian Thailand itu walaupun prestasi pasukan negara jauh lebih baik daripada mereka,” jelasnya.

Mengenai persiapan skuad wanita menjelang Sukan SEA ini, Dhaarma memberitahu secara keseluruhannya skuad berada dalam prestasi terbaik.

“Buat masa terdekat ini kami lebih memberi fokus kepada Separuh Akhir Liga Hoki Wanita Dunia (WHWL).

“Sebelum itu kami merancang untuk menjalani beberapa siri persahabatan di Amsterdam.

“Liga Dunia di Belgium nanti merupakan aksi penting negara bagi melayakkan diri ke Piala Dunia, kami berada bersama pasukan-pasukan hebat seperti New Zealand, Australia, Sepanyol dan tuan rumah Belgium.

“Jika layak ke suku akhir, secara automatik tiket ke Piala Dunia terjamin,” ujarnya yang memaklumkan skuadnya akan memberikan fokus terhadap Sukan SEA selepas kembali dari Belgium.

Sedikit merunsingkan Dhaarma ialah persiapan pasukan di tengah-tengah Ramadan.

Senario ini mengingatkan Dhaarma kepada cabaran membentuk skuad lelaki negara yang mantap untuk ke Piala Dunia FIH dan Sukan Komanwel di Glasgow pada 2014.

“Pengalaman mengajar saya kadang-kadang kita dianggap pasukan pilihan tetapi tewas, dan kadang-kadang kita dianggap tidak mampu mencabar tetapi akhirnya mencatat kemenangan.

“Saya juga amat berharap persiapan dan fokus pemain tidak terjejas hanya kerana Ramadan,” katanya.

Namun Sukan SEA adalah pentas untuk anak didiknya kekal dominan.

Untuk rekod, sejak acara hoki wanita mula dipertandingkan pada Sukan SEA 1993 di Singapura, Malaysia berjaya meraih enam pingat emas iaitu pada 1997, 1999, 2001, 2007, 2013 dan 2015.

Malaysian Tigress berjaya merangkul pingat emas Sukan SEA dua kali berturut-turut pada 2013 (Myanmar) dan 2015 (Singapura).

Dalam sidang media Kita Juara di Majlis Sukan Negara (MSN) siang tadi, Dhaarma ditemani jurulatih penjaga gol, Roslan Jamaluddin, penjaga gol Mas Huzaimah Mohd Aziz, penyerang Wan Norfaiezah Saiuti dan pemain tengah, Noraini Abdul Rashid.

DHAARMA TIDAK PANDANG RENDAH THAILAND

Dihantar pada : 09 Mei 2017 | Berita,Berita Sukan SEA