ATLET DAN JURULATIH OLAHRAGA BERLEPAS KE JOHANNESBURG

Dihantar pada : 17 Feb 2017 | Berita Sukan SEA

KUALA LUMPUR, 17 Februari 2017 – 11 atlet dan 2 jurulatih atlet olahraga pecut negara berlepas ke Johannesburg, Afrika Selatan hari ini bagi persiapan menghadapi Sukan Sea Kuala Lumpur 2017.

Barisan atlet yang diketuai pemegang rekod 100 meter kebangsaan, Mohd Khairul Hafiz Jantan akan mengadakan latihan dan menyertai beberapa siri kejohanan sepanjang berada di Johannesburg sebelum pulang ke tanah air penghujung April depan.

Selain Mohd Khairul Hafiz, turut berangkat ke Afrika Selatan termasuklah Badrul Hisyam Abdul Manap, Zaidatul Husniah Zulkifli, Rayzam Shah Wan Sofian, Muhammad Azam Masri, G.Aravinn Thevar, Shereen Samson Vallabouy, Nurul Faiza Asma Mazlan, Komalam Shally, Siti Fatimah Mohamad, Haiqal Hanafi dan Jonathan Nyepa.

Chef de Mission Sukan Sea 2017, Datuk Marina Chin sempat meluangkan masa bertemu kesemua atlet dan memberi kata-kata semangat sebelum berlepas ke KLIA.

ATLET DAN JURULATIH OLAHRAGA BERLEPAS KE JOHANNESBURG

Dihantar pada : 17 Feb 2017 | Berita,Berita Sukan SEA