Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709)

Suatu Akta untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.

TUJUAN

Memberi perlindungan kepada maklumat peribadi seseorang yang diproses bagi tujuan transaksi komersial.

OBJEKTIF

1. Mengawal selia aktiviti pemprosesan Data Peribadi oleh pengguna data dalam transaksi komersial.
2. Melindungi kepentingan data peribadi umum.

DEFINISI DATA PERIBADI

Apa-apa maklumat yang sedang diproses (sebahagian atau keseluruhannya) dalam transaksi komersial, yang secara langsung atau tidak langsung berhubungan dengan seorang subjek data, yang menyebabkan ia boleh dikenal pasti dari maklumat itu, atau padanan maklumat itu dan maklumat lain dalam milikan pengguna data. Sebagai contoh: Nama, No. kad pengenalan, No. pasport, Alamat, Nombor telefon dll.

PEMAKAIAN AKTA 709

Akta ini terpakai bagi:
• Mana-mana orang yang memproses data peribadi; dan
• orang yang mempunyai kawalan atau membenarkan pemprosesan Data Peribadi dalam transaksi komersial.

Jika:
• Ia ditubuhkan di Malaysia dan proses Data Peribadi; atau
• jika menggunakan kelengkapan di Malaysia bagi memproses Data Peribadi itu selain untuk transit.