Perutusan Ketua Pengarah

Selamat datang ke laman web rasmi Majlis Sukan Negara Malaysia. Setelah 36 tahun, MSN terus mengorak langkah seiring dengan Jabatan-jabatan lain dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pelbagai usaha dijalankan selaras dengan hasrat kerajaan untuk membudayakan ICT di negara ini seperti membangunkan laman web.
Umum mengetahui fungsi utama laman web sebagai media perantaraan dan alat komunikasi dua hala bagi penyebaran maklumat yang lebih mudah dan pantas. Sejajar dengan penggunaan teknologi maklumat yang semakin meluas, laman web telah membuka ruang baru untuk dijadikan saluran alternatif kepada semua golongan masyarakat.
Maka dengan tujuan yang sama, MSN mengambil inisiatif untuk membangunkan laman web bagi memperkenalkan Majlis ini dan perkhidmatan yang disediakan selaras dengan salah satu strategi Majlis untuk memantap dan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kebajikan di peringkat.
Laman web MSN telah mula digunakan sejak tahun 1994 dan kini telah mengorak langkah kehadapan seiring dengan teknologi web yang senantiasa berkembang dengan menyediakan informasi sukan tanah air. Selain daripada itu, orang ramai dapat mengenali dan memahami fungsi utama setiap cawangan yang diwujudkan di dalam memartabatkan dan membantu kerajaan dalam memepertingkatkan lagi mutu dan pencapaian sukan di dalan negara samaada diperingkat domestik atau antarabangsa.
Akhir kata, saya berharap semoga maklumat-maklumat dan data yang disediakan melalui laman web ini memberi manfaat kepada semua pihak.
Dato Zolkples Embong
Ketua Pengarah
Majlis Sukan Negara